Dashboard | +Follow
Bidadari Dunia
Makanan Rohani
Thursday, 9 October 2014 • 21:40 • 0 comments

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBUjui2QOr5HAWyRzfR59wyuutSAxTvk1JADCk4sb5O9F9OYp6g0xSUpGO1apPy81ObY3auxOKytQzmoEfZNjkcRTIvN4o337O30RfasMj5sQkRtwTHzcu5CRSK2CjguOfGmC_pbXry31H/s1600/Titik+Hitam.JPG
saudari yang mulia..

    Apakah kita memerhatikan hati kita? 
hati itu adalah ibu kepada diri. Kerana hati adalah raja. Sekiranya rosak hati, maka segalanya jugak terut rosak.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn basyer, menyatakan, "Aku mendegar Rasulullah menyatakan,                                                "Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu jelas. Antara kedua-dua perkara itu ada perkara-pekara subahat yang samar dan kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Orang yang menjaga perkara subahat, maka sesungguhnya dia sudah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Orang siapa yang terjatuh dalam perkara subahat, maka dia sudah jatuh dalam perkara haram. Dia umpama penggembala yang menggembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangkan dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahui yang di dalam setiap jasad itu ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad, Apabila ia rosak, maka seluruh jasad juga rosak. itu adalah HATI.
Hadis ini direkodkan daripada Bukhari dan Muslim.


       Hati yang kontang, tidak mampu menyuburkan jiwa yang lain. Ini adalah kerana jikalau kita mahu memberikan 'kesan' kepada hati orang, kita perlu mempunyai jiwa yang sentiasa dibersihkan.

       Justeru, bagaimanakah kita ni mahu memimpin orang yang kita sayang , sekirannya hati kita ini gelap.


Bagaimana mahu mencerahkan hati?

      Sekiranya kita perasan dalam hadis tadi, ada dinyatakan yang haram dan halal itu jelas. Hadis di atas juga jelas memberikan isyarat supaya kita tidak menjahuhi perkara yang tidak pasti halal ataupun haram iaitu subahat. Mengapa agaknya hadis itu berakhir dengan menyebut berkenaan hati?

      Ini kerana perkara yang halal, suruhan, mahupun perintah Allah itu memberikan kebaikan kepada hati. Ia memberikan cahaya dan membuatkannya bersinar. Segala perkara yang haram , dilarang oleh Allah, dan wajib dijauhi, memberikan bintik hitam pada hati. perkara itu menggelapkannya, membutkannya kelam, dan hilang cahaya.

      Jadi, orang yang benar-benar ingin menjaga akan hatinya, maka semestinya perlu bertegas memperbanyakkan amal kebaikan dalam kehidupan dan menjauhi segala keburukan. Wahai saudari banyak kebaikan yang kita dapat lakukan. Semuannya semudah melaksanakan amalan yang memang wajib kepada kita seperti solat yang dapat menjauhi diri kita daripada perkara yang buruk. Bertapa luasnya kebaikan. Di tengah-tengahnya ada amalan bersedekah, membaca dan memahami Al-Quran, menuntut ilmu, mencari rezeki dari sumber yang halal, berahlak baik, mengucapkan perkataan yang baik, berdakwah dan sebagainya.

MAKA, APAKAH KITA BERUSAHA MEMBERIKAN MAKANAN KEPADA ROHANI KITA?

Khairiyah Faizal ...Lah Tahzan



Pemilik Blog

assalam'mualaikum, saya *Fatin Khairiyah Binti Mohd Faizal*. Bidadari dunia itu tidak bersayap tetapi ia sempurna dengan berhijap :D. bold melayu/jawa islam hidup sebagai hamba Allah



« Coretan seharian
« Kenali diri penulis
« Pengongsian Ilmu
« Istimewa

Nada telinga


[!] IMPORTANT [!]


Imbas kembali



binaan template


Template : Aulia Septiya
Edited : Fatin Khairiyah
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google