Dashboard | +Follow
Bidadari Dunia
Mintalah Kepada Allah S.W.T
Friday 8 May 2015 • 21:57 • 0 comments

semakin kita minta daripada ALLAH , maka ALLAH akan suka kepada hambaNya itu.

Wahai manusia janganlah kamu meminta-minta kepada manusia, Mintalah kepada zat yang pintuNya tidak pernah tertutup. Kerana manusia makin kamu meminta kepadanya semakin ia marah kepada kamu.


deep :)

Khairiyah Faizal ...Lah Tahzan
Pilihan Selepas STPM
Wednesday 25 March 2015 • 21:36 • 0 comments

Bismillah ar rahman ar rahim

Semejak dah habis STPM banyak persoalan yang timbul di fikiran, akal sentiasa membuatkan aku rasa mana jalan dan langkah yang  harus ku pijak untuk hari-hari seterusnya..

Apabila keluar rezeki keputusan Stpm.. aku rasa seolah2 patah harapan, rasa giveup for study..
tapi hati aku memujuk..mungkin rezeki kau ada di tempat lain...

REZEKI...Allahu pandai hati ini memujuk..ya ..aku baru ingat rezeki Allah itu sangatlah luas.
setiap HambaNya telah di tetapkan rezekinya masing-masing cuma rasa syukur tu perlu diiklaskan
banyak firman ALLAH S.W.T di dalam AL-QURAN berekenaan dengan SYUKUR..
tetapi ianya bukan mudah seperti yang aku katakan tadi syukur perlu diiklaskan..

langkah demi langkah seakan ingin aku atur....

dan aku termenung seketika, 13 Tahun aku belajar akademik dunia.tetapi, tidak sampai setahun usiaku dihabiskan dengan ilmu akhirat..terdapat kerugian yang amat di dalam kota pemikiran ku...
selama ini aku diajar dengan sikap menutut ilmu ..iaitu tuntut,belajar, exam, tidak lulus kecewa, lulus suka, itu sahaja seperti belajar untuk exam, namun kenapa aku tidak terfikir untuk mencari ilmu? cari ilmu ?.....apakah? nampak tidak perbezaannya..

aku rasa nak cari ilmu ..dan sering kali aku berputus asa aku sentiasa mencari firman ALLAH S.W.T di dalam AL-QURAN.

Katakanlah Wahai Hamba-HambaKU yang melampaui Batas terhadap diri mereka sendiri, Janganlah Kamu berputus asa dengan Rahmat AllAH..(surah AZ-ZUMAR) (39:53)

Wahai-Hamba-HambaKu.. pujukan dari AllAH..

JADI LANGKAH DAN TEKAD AKU....aku ingin kembali kearah islam sepenuhnya..belajar ilmu islam dan AKhirat..

Khairiyah Faizal ...Lah Tahzan
SANAH HELWAH AIN AMIRA
Tuesday 17 February 2015 • 04:50 • 0 comments

SANAH HELWAH AIN AMIRA

Khairiyah Faizal ...Lah Tahzan
Makanan Rohani
Thursday 9 October 2014 • 21:40 • 0 comments

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBUjui2QOr5HAWyRzfR59wyuutSAxTvk1JADCk4sb5O9F9OYp6g0xSUpGO1apPy81ObY3auxOKytQzmoEfZNjkcRTIvN4o337O30RfasMj5sQkRtwTHzcu5CRSK2CjguOfGmC_pbXry31H/s1600/Titik+Hitam.JPG
saudari yang mulia..

    Apakah kita memerhatikan hati kita? 
hati itu adalah ibu kepada diri. Kerana hati adalah raja. Sekiranya rosak hati, maka segalanya jugak terut rosak.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn basyer, menyatakan, "Aku mendegar Rasulullah menyatakan,                                                "Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu jelas. Antara kedua-dua perkara itu ada perkara-pekara subahat yang samar dan kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Orang yang menjaga perkara subahat, maka sesungguhnya dia sudah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Orang siapa yang terjatuh dalam perkara subahat, maka dia sudah jatuh dalam perkara haram. Dia umpama penggembala yang menggembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangkan dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahui yang di dalam setiap jasad itu ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad, Apabila ia rosak, maka seluruh jasad juga rosak. itu adalah HATI.
Hadis ini direkodkan daripada Bukhari dan Muslim.


       Hati yang kontang, tidak mampu menyuburkan jiwa yang lain. Ini adalah kerana jikalau kita mahu memberikan 'kesan' kepada hati orang, kita perlu mempunyai jiwa yang sentiasa dibersihkan.

       Justeru, bagaimanakah kita ni mahu memimpin orang yang kita sayang , sekirannya hati kita ini gelap.


Bagaimana mahu mencerahkan hati?

      Sekiranya kita perasan dalam hadis tadi, ada dinyatakan yang haram dan halal itu jelas. Hadis di atas juga jelas memberikan isyarat supaya kita tidak menjahuhi perkara yang tidak pasti halal ataupun haram iaitu subahat. Mengapa agaknya hadis itu berakhir dengan menyebut berkenaan hati?

      Ini kerana perkara yang halal, suruhan, mahupun perintah Allah itu memberikan kebaikan kepada hati. Ia memberikan cahaya dan membuatkannya bersinar. Segala perkara yang haram , dilarang oleh Allah, dan wajib dijauhi, memberikan bintik hitam pada hati. perkara itu menggelapkannya, membutkannya kelam, dan hilang cahaya.

      Jadi, orang yang benar-benar ingin menjaga akan hatinya, maka semestinya perlu bertegas memperbanyakkan amal kebaikan dalam kehidupan dan menjauhi segala keburukan. Wahai saudari banyak kebaikan yang kita dapat lakukan. Semuannya semudah melaksanakan amalan yang memang wajib kepada kita seperti solat yang dapat menjauhi diri kita daripada perkara yang buruk. Bertapa luasnya kebaikan. Di tengah-tengahnya ada amalan bersedekah, membaca dan memahami Al-Quran, menuntut ilmu, mencari rezeki dari sumber yang halal, berahlak baik, mengucapkan perkataan yang baik, berdakwah dan sebagainya.

MAKA, APAKAH KITA BERUSAHA MEMBERIKAN MAKANAN KEPADA ROHANI KITA?

Khairiyah Faizal ...Lah Tahzan
Mungkin dia lebih baik daripada kita
Thursday 11 September 2014 • 03:08 • 0 comments










Mungkin dia lebih baik daripada kita

kita suka menghukum orang pada padangan pertama. Hanya melihat luarannya kita mengulas itu dan ini. Mungkin betul sangkaan kita? tetapi, kalau salah? bagaimana? 

DOSA PERCUMA!


ALLAH mengigatkan kita : "Wahai orang beriman, jauhilah daripada banyak bersangka-sangka. Sesungguhnya ada antara sangkaan itu dosa". (Al-Hujurat 49:12)

Rasulullah kemudiaan menegaskan: "Jaga-jaga kamu daripada persangkaan . Sesungguhnya bersangka-sangka itu kata-kata yang paling dusta". (Riwayat AL- Bukhari)

Bergitu juga Saidina Umar turut mengigatkan: "Jangan kamu terus membuat sangkaan berdasarkan hanya satu ucapan yang keluar daripada saudaramu yang muslim melainkan yang baik-baik". (Riwayat Ahmad).

Menjadi orang baik, tidak cuai solat, dan puasa. lain pula strateginya  syaitan membodohkan kita .Perangkap kita dengan sikap ujub, tadbur, riyak dan sum'ah mungkin lebih berkesan. Lalu sifat-sifat buruk itu semakin membesar dalam diri seiring amalan yang bertambah!.

Maka senjata ampuh untuk menakisnya ialah kukuhkan sifat Tawaduk . Tawaduk itu kita anggap semua orang yang kita lihat adalah lebih baik daripada kita, bahkan mungkin pun mereka lebih baik daripada kita. Sesiapa sahaja yang kita bersangka baik seperti orang bodoh, orang jahat, pengutip sampah, orang kurang upaya, pendatang asing, dan sebagainya.
Fikirkan, mungkin mereka lebih baik daripada kita.

Mari kita bersangka baik pada setiap takdir dan ujiannya. Tanamkan dalam hati bahawa ALLAH di sebalik segala-galanya. Kepahitan, kepedihan, dan kesakitan yang menimpa diri kita tanpa ada kebaikannya. Sudah seringkala apa yang kita sangka baik itu hakikatnya memang baik. Tetapi kadangkala mata masih terlindung seketika untuk melihat kebaikan itu.

INGAT...

HAMBA yang bersangka baik ini  in shaa AllAH akan bersama AllAH. HAMBA AllAH yang bersangka baik itu sentiasa memujuk hatinya dengan menghayati kurniannya itu. La Tahzan..



Khairiyah Faizal ...Lah Tahzan
DOA 4 R4BIA
Friday 18 July 2014 • 01:41 • 0 comments


assalammualaikum...sejak akhir-akhir ini sering kita mendengar berita daripada media masa yang sahabt-sahabat kita di palestine habis dibedil israel.. Allahu belum sempat mereka ingin merasai ramadhan lagi Allah sudah memanggil mereka..Jika nak dibandingkan kita,sungguh kekenyangan dan selesa di bumi Malaysia.banyak cerita yang dilontar sampai diri sendiri pun tidak tahu nak dengar daripada pihak yang mana maklumlah baru setahun setengah berhijrah nak menyuarakan pendapat pun tak arif dan baru nak berjinak jinak dengan penulisan blog. Namun apa daya diri ni hanya mampu berdoa untuk mereka. ayuhlah kita sama-sama berdoa ..itulah senjata yang Allah beri kepada kita.
"doa itu senjata orang mukmin"
                                                     .....Amin.....

Khairiyah Faizal ...Lah Tahzan
CINTA
Saturday 28 September 2013 • 03:51 • 0 comments


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w


SELAGI BELUM HALAL KITA MASIH PUNYA JARAK

DAN 

USAHLAH KHUATIR DENGAN CINTA,
SEANDAINYA CINTA ITU YANG TELAH
DITETAPKAN OLEH ALLAH,
MAKA BIARLAH CINTA ITU MENGALIR
DENGAN ALIRAN ALLAH S.W.T 
YANG TELAH MENCIPTAKAN CINTA ITU 





Khairiyah Faizal ...Lah Tahzan



Pemilik Blog

assalam'mualaikum, saya *Fatin Khairiyah Binti Mohd Faizal*. Bidadari dunia itu tidak bersayap tetapi ia sempurna dengan berhijap :D. bold melayu/jawa islam hidup sebagai hamba Allah



« Coretan seharian
« Kenali diri penulis
« Pengongsian Ilmu
« Istimewa

Nada telinga


[!] IMPORTANT [!]


Imbas kembali



binaan template


Template : Aulia Septiya
Edited : Fatin Khairiyah
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google