Mungkin dia lebih baik daripada kita
Thursday, 11 September 2014 • 03:08 • 0 comments
Mungkin dia lebih baik daripada kita
kita suka menghukum orang pada padangan pertama. Hanya melihat luarannya kita mengulas itu dan ini. Mungkin betul sangkaan kita? tetapi, kalau salah? bagaimana?
DOSA PERCUMA!
ALLAH mengigatkan kita : "Wahai orang beriman, jauhilah daripada banyak bersangka-sangka. Sesungguhnya ada antara sangkaan itu dosa". (Al-Hujurat 49:12)
Rasulullah kemudiaan menegaskan: "Jaga-jaga kamu daripada persangkaan . Sesungguhnya bersangka-sangka itu kata-kata yang paling dusta". (Riwayat AL- Bukhari)
Bergitu juga Saidina Umar turut mengigatkan: "Jangan kamu terus membuat sangkaan berdasarkan hanya satu ucapan yang keluar daripada saudaramu yang muslim melainkan yang baik-baik". (Riwayat Ahmad).
Menjadi orang baik, tidak cuai solat, dan puasa. lain pula strateginya syaitan membodohkan kita .Perangkap kita dengan sikap ujub, tadbur, riyak dan sum'ah mungkin lebih berkesan. Lalu sifat-sifat buruk itu semakin membesar dalam diri seiring amalan yang bertambah!.
Maka senjata ampuh untuk menakisnya ialah kukuhkan sifat Tawaduk . Tawaduk itu kita anggap semua orang yang kita lihat adalah lebih baik daripada kita, bahkan mungkin pun mereka lebih baik daripada kita. Sesiapa sahaja yang kita bersangka baik seperti orang bodoh, orang jahat, pengutip sampah, orang kurang upaya, pendatang asing, dan sebagainya.
Fikirkan, mungkin mereka lebih baik daripada kita.
Mari kita bersangka baik pada setiap takdir dan ujiannya. Tanamkan dalam hati bahawa ALLAH di sebalik segala-galanya. Kepahitan, kepedihan, dan kesakitan yang menimpa diri kita tanpa ada kebaikannya. Sudah seringkala apa yang kita sangka baik itu hakikatnya memang baik. Tetapi kadangkala mata masih terlindung seketika untuk melihat kebaikan itu.
INGAT...
HAMBA yang bersangka baik ini in shaa AllAH akan bersama AllAH. HAMBA AllAH yang bersangka baik itu sentiasa memujuk hatinya dengan menghayati kurniannya itu. La Tahzan..
Khairiyah Faizal ...Lah Tahzan
Pemilik Blog
«
«
«
«
Nada telinga
[!] IMPORTANT [!]
Imbas kembali
binaan template

Edited : Fatin Khairiyah
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google



